Rakaman Suara Antara Juruterbang AirAsia QZ8501 Dan Menara Kawalan Udara
.
Tersebar satu rakaman perbualan yang dipercayai antara juruterbang pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 dengan Menara Kawalan Udara Juanda, Surabaya.
Tersebar satu rakaman perbualan yang dipercayai antara juruterbang pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 dengan Menara Kawalan Udara Juanda, Surabaya.
Rakaman audio berdurasi 20:28 dengan tajuk 'ATC PK AXC-QZ8501 201412272225Z' itu dikatakan dimuatnaik oleh seorang pengguna internet menerusi apllikasi SoundCloud dengan ID 'Digitizing' pada sabtu lalu.
Rakaman suara antara juruterbang AirAsia Indonesia QZ8501 dengan Menara Kawalan Udara Juanda itu dikatakan asli merujuk kepada keadaan lalu lintas pesawat yang dikawal pada pagi hari kejadian iaitu 28 Disember 2014.
Dibawah adalah antara petikan perbualan juruterbang AirAsia Indonesia QZ8501 dengan Menara Kawalan Udara Juanda, Surabaya (Ihsan Awani)
AWQ8501 : "Tower, Wagon Air eight five zero one, Good Morning..."
Tower : "Wagon Air 8501Good Morning, Juanda Tower, go ahead..."
AWQ8501 : "Eight five zero one (Registrasi) Alpha X-ray Charlie parking stand Alpha Niner (A9) destination Singapore POB (passenger on board) one six one, request pust and start, wagon air eight five zero one..."
Tower : "Wagon Air eight five zero one parking stand number Alpha Niner Pushback and start aprroved heading west runway one zero, exit sierra two..."
Pada minit ke-4 QZ8501 meminta kebenaran untuk menuju ke landasan pacu. Pusat Menara Kawalan kemudian mengarahkan QZ8501 ke landasan 10 yang sedang digunakan di saat itu.
Pada minit ke-7, Menara Kawalan Udara kemudia memberi kebenaran penerbangan kepada QZ8501 melalui laluan udara M635 dengan ketinggian awal 24,000 kaki
"Wagon Air eight five zero one clear to Singapore, M six three five level two four zero initial, RAMPHY one Alpha depature squawk number seven zero zero five"