Quantcast
Channel: Amry's Blog
Viewing all articles
Browse latest Browse all 215

Pelajar Malaysia Hilang Di Paris

$
0
0

Pelajar Cemerlang Malaysia Nursakinah Naim Hilang Di Paris

SUNGAI PETANI – Seorang pelajar Malaysia di Universiti Institut Teknologi (IUT) di Rouen, Perancis gagal dikesan sejak keluar dari penginapannya berhampiran universiti itu beberapa hari lalu dikhuatiri hilang.

Ibu pelajar tersebut, Nurhalizah Ahmad, 44, berkata, Kedutaan Malaysia di Perancis memaklumkan mengenai kehilangan anak keduanya, Nurshakinah Naim, 19, kira-kira pukul 8.30 pagi semalam.

Pelajar malaysia Nurshakinah hilang di paris


“Pegawai kedutaan itu memberitahu anak saya gagal dikesan setelah keluar dari lokasi penginapannya. Bila dia keluar, saya tak pasti tetapi laporan mengenainya dibuat rakan sebiliknya yang dikenali sebagai Ayu kepada Kedutaan Malaysia di sana.

“Terkejut dengan perkha­baran itu, saya cuba menghubungi Shakinah. Setelah beberapa kali mencuba, Ayu yang menjawab panggilan itu dan memberitahu Shakinah keluar dengan hanya membawa dompetnya sahaja,” katanya memetik Utusan.

Nurshakinah mengikuti jurusan kejuruteraan kimia di universiti tersebut sejak setahun lalu dan lokasi penginapannya hanya terletak kira-kira lima minit dari pusat pengajian itu iaitu di Parc De La Durdent, Mont Saint Aignan, Rouen.

Mengulas lanjut, Nurhalizah memberitahu, Ayu memaklumkan kedua-dua mereka keluar bersama namun berpecah setelah Nurshakinah memberitahu hendak ke kedai bagi membeli makanan kucing.

“Apabila Ayu pulang, didapati Shakinah masih belum pulang. Setelah menunggu sekian lama, Ayu terus membuat laporan kepada kedutaan. Beberapa barang­an peribadi Shakinah seper­ti telefon dan komputer bimbit sudah diambil polis Pe­rancis untuk siasatan,” kata­nya.

Nurhalizah menambah, kali terakhir kedua-dua mereka bertemu adalah pada Hari Raya Aidilfitri tahun lalu ketika Shakinah pulang bercuti selama sebulan.

“Kali terakhir Shakinah meng­hubungi saya pada 23 September lalu.
Ketika itu percakapannya ceria seperti biasa dan tiada apa yang pelik.

Katanya, pelbagai usaha dilakukan termasuk mengadakan bacaan Yasin dan solat hajat.

Kejadian Pelajar Cemerlang Malaysia Hilang Di Paris, Keluarga Mohon Doa

“Saya dan suami, Naim Awang mengharapkan doa seluruh rakyat Malaysia agar Shakinah ditemukan selamat,” katanya.

Sementara itu, jurucakap Wisma Putra memberitahu, tiada maklumat terkini mengenai kehilangan Norshakinah dan usaha bagi mengesan pelajar berkenaan masih lagi dijalankan bersama pihak Kedutaan Malaysia di Perancis.

**************************

Semoga adik Nurshakinah Naim, pelajar Malaysia yang melanjutkan pelajaran di Paris segera ditemukan.
Ish, kalau jadi kat keluarga sendiri risau oooiii


Viewing all articles
Browse latest Browse all 215