SUV Pertama Proton Bakal Di Pasarkan Akhir 2018
Proton bakal mengeluarkan kenderaan SUV pertama mereka akhir 2018.
SUV pertama keluaran Proton ini masih belum di beri nama tetapi rekabentuk proton SUV ini di ambil dari SUV keluaran China iaitu Geely Bouyue dari Geely Automobile.
Geely Automobile dari Kumpulan Zhejiang Geely memiliki 49% pegangan saham dalam Proton.
Boyue pasaran China dengan pemanduan sebelah kiri yang mendarat di Malaysia tahun lalu membuat penampilan awam pertamanya pada Jun 2017
Proton di Tanjong Malim akan menyokong produksi SUV ini pada pertengahan 2018. Untuk pengetahuan anda, Boyue merupakan sebuah SUV yang direka oleh bekas pereka Volvo, Peter Horbury. Ia merupakan SUV segmen-C dengan bentangan lima-tempat duduk, berukuran 4.5 meter panjang.
Untuk pasaran China, Boyue dijana dengan berberapa pilihan enjin termasuk 2.4 liter NA berkuasa 162 hp/210 Nm dan juga versi 1.8 liter turbo berkuasa 163 hp/250 Nm. Enjin-enjin tersebut dipadankan dengan sama ada transmisi enam-kelajuan manual atau automatik, bergantung pada pilihan enjin.
Model pasaran China juga diberikan pelbagai ciri menarik antaranya skrin sesentuh lapan-inci dengan sokongan Apple CarPlay/Android Auto dan juga kelengkapan keselamatan aktif seperti amaran keluar lorong serta cruise control adaptif.