Quantcast
Channel: Amry's Blog
Viewing all articles
Browse latest Browse all 215

Pelajar Buang Bayi Dalam Tali Air

$
0
0

Pelajar Perempuan Buang Bayi Dalam Tali Air

Seorang pelajar perempuan berusia 17 tahun ditahan kerana disyaki membuang bayi yang dilahirkannya ke dalam sebatang tali air di Kampung Behor Rotan Pahit, Simpang Empat, Kangar.

Turut ditahan tiga individu termasuk teman lelaki pelajar terbabit selepas mayat bayi tersebut ditemui mati dalam tali air kira-kira jam 1 pagi yang terletak kira-kira 3 kilometer dari rumah pelajar terbabit.

Menurut Ketua Polis Perlis, SAC Zull Aznam Haron, pihak polis sedang menyiasat samaada bayi tersebut sewaktu dibuang ke dalam tali air tersebut masih hidup atau telah meninggal.

Kes pelajar perempuan berusia 17 tahun itu membuang bayinya ke dalam tali air di Kampung Behor Rotan Pahit, Simpang Empat terbongkar selepas seorang pegawai perubatan Hospital Tuanku Fauziah (HTF) curiga dengan pendarahan yang dialami pelajar terbabit dan membuat laporan polis.

Hasil laporan, polis serta Jabatan Bomba Dan Penyelamat telah menjalankan gerakan mencari dan menyelamat bayi tersebut setelah mendapat maklumat bayi tersebut dibuang kedalam sebatang tali air.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan kesemua suspek direman 7 hari bagi membantu siasatan.

Sumber Pelajar Buang Bayi Dalam Tali Air - HMetro

Viewing all articles
Browse latest Browse all 215