Kos Mengerjakan Ibadah Haji Meningkat
Kos mengerjakan ibadah haji djangka akan meningkat tahun ini ekoran projek perluasan kawasan sekitar Masjidil Haram di kota Mekkah.
Menurut Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji, Datuk Ismee Ismail, peningkatan kos mengerjakan haji ini lazim berlaku apabila terdapat penaiktarafan sekitar Masjidil Haram dimana pihak Tabung Haji perlu mencari banggunaan penginapan yang baru untuk jemaah haji kerana banggunan penginapan yang sebelum ini digunakan dirobohkan dan sekaligus meningkatkan kos mengerjakan haji bagi para jemaah haji.
Beliau menganggarkan tahun ini Tabung Haji akan membiayai RM5,575 setiap seorang jemaah muassasah berbanding RM5,100 pada tahun lepas untuk mengekalkan bayaran haji kekal pada RM9,980 seperti tahun tahun sebelumnya.
Sumber Kos Mengerjakan Ibadah Haji Meningkat : Sinar Harian 11 April 2013