Raja Bomoh Memalukan Negara, Agama
Ramai yang follow kes kehilangan pesawat MH370 yang hari ni (14 Mac 2014) sudah masuk hari ke-7. Yang follow kes ni, terutama yang follow melalui Facebook, tentu tahu pasal isu Raja Bomoh atau namanya Ibrahim Mat Zin yang mendakwa boleh membantu mencari pesawat MH370 yang hilang tu.
Betul ke Raja Bomoh ni boleh membantu mencari pesawat MH370 yang hilang tu? Cara apa yang dia guna?
Yang belum tahu, meh tengok gambar di bawah dan bagi jawapan kat atas.
Raja Bomoh menggunakan bubu dan anak buluh untuk mencari pesawat yang hilang.
Menggunakan tikar. 3 pembantu menaiki tikar. Seorang seolah-oleh mendayung, seorang memegang bubu dan seorang lagi memegang 2 biji kelapa
Dua biji kelapa??
Perbuatan bomoh Ibrahim Mat Zin ni mendapat kritikan dan kutukan yang hebat dari rakyat Malaysia khususnya yang beragama Islam kerana ini jelas bertentangan dengan ajaran Islam. Dan ritual-ritual tersebut akan memberikan tanggapan yang buruk kepada orang bukan Islam dan negara luar yang pada ketika ini semua tertumpu pada usaha mencari pesawat MH370 di Malaysia yang kononnya ritual tersebut salah satu daripada ajaran Islam. Damn!
Sedangkan rakyat Malaysia yang beragama Islam sendiri mentertawakan apa yang dilakukan oleh Raja Bomoh, inikan pula orang bukan Islam dan orang luar
Lebih memalukan, Orang bukan Islam lebih tahu menilai apa yang dilakukan oleh Raja Bomoh itu tidak betul. Serius MALU!
Kepada Raja Bomoh Ibrahim Mat Zin, sudah-sudah lah. Ko cuma buat malu orang Islam jer la..... Buat solat hajat dah la minta petunjuk dari Allah. Tak perlu bertikar, berbubu, berkelapa-kelapa segala...Aduhaiiii...