Quantcast
Channel: Amry's Blog
Viewing all articles
Browse latest Browse all 215

Warga Asing Bergaji RM5900 Sebulan

$
0
0

Warga Asing Bergaji RM5900 Sebulan Di Malaysia

RM5900 bukan nilai yang kecil. Dah macam gaji seorang pengurus. Tetapi apa yangmenariknya didalam cerita ni. Gaji RM5900 tu bukan gaji seorang rakyat tempatan tetapi seorang warga asing yang datang bekerja di Malaysia.

Hebat. Bagaimana seorang warga asing yang datang ke Malaysia mampu memiliki gaji sebesar itu? Rakyat Malaysia sendiri pun kadang tercungap nak dapat nilai sebesar itu?
Jom kita ikuti kisah lelaki asing ini.

---------------------------------------------------------------


Zaheer atau lebih dikenali sebagai Saddam Hussein 23 tahun, datang ke Malaysia dan bekerja sebagai pemotong rumput di salah sebuah syarikat di Subang Jaya. Zaheer bekerja dari jam 8 pagi sehingga 2 petang dengan gaji RM1000 sebulan dan cuti setiap hujung minggu sabtu dan ahad.

Selepas habis waktu bekerja iaitu jam 2 petang, Zaheer membuat kerja sampingannya iaitu mengambil upah memotong rumput dan berkebun di sekitar rumah-rumah di USJ sehingga jam 7 malam.
Dalam sehari dari isnin hingga jumaat Zaheer mampu mengambil upah untuk 5 rumah bersaiz sederhana dengan purata upah RM25 sebuah rumah. Jadi dalam sehari Zaheer berjaya memperoleh pendapatan sekitar RM125 manakala untuk hujung minggu RM300 sehari.
Dalam seminggu sahaja, Zaheer mampu memperoleh pendapatan sehingga RM1225 iaitu
RM625 pada hari biasa dan RM600 pada hari sabtu dan ahad.

Untuk kerja mengambil upah memotong rumput sahaja, Zaheer berjaya memperoleh pendapatan sekitar RM4900 sebulan. Dicampur dengan gaji tetap RM1000 sebulan menjadikan pendapatan Zaheer RM5900 sebulan.

Zaheer tinggal dirumah yang turut didiami oleh 10 rakan yang lain. Hanya menggunakan basikal sebagai kenderaan dan telah tinggal di Malaysia selama 3 tahun.

Anda rasa berapa simpanan Zaheer selama dia bekerja di Malaysia. Rasa-rasanya simpanan dia lebih banyak daripada simpanan seorang graduan yang telah bekerja selama 3 tahun.

Persoalannya disini adalah........

SANGGUPKAH KITA WARGA MALAYSIA MENGIKUT JEJAK LANGKAH ZAHEER YANG HANYA SEORANG WARGA ASING

Jalan nak buat duit tu dah ada. cuma sanggup kah kita melalui jalan tersebut?

Renungkan......

Sumber : mymediahubonline


Viewing all articles
Browse latest Browse all 215