Punca Sebenar Pelajar Malaysia Di Perancis Nursakinah Hilang Terjawab
Masih ingat kisah seorang pelajar Malaysia, Nursakinah yang melanjutkan pelajaran di Perancis yang hilang beberapa hari yang lalu? Klik sini untuk baca
Nursakinah, 19 tahun yang berasal dari Kedah melanjutkan pelajaran dalam keruteraan Kimia di Universiti Institut Teknologi (IUT) di Rouen, Perancis di laporkan hilang pada 2 Oktober 2016 yang lalu.
Setelah 5 hari dan usaha mencari gagal, akhirnya Nursakinah pelajar Malaysia yang melanjutkan pelajaran ke Perancis ini pulang ke rumah penginapannya dalam keadaan selamat dan menceritakan apa yang sebenarnya yang berlaku...
Apa Yang Sebenarnya Berlaku Kepada Nursakinah?
Nursakinah memberitahu bahawa beliau menghilangkan diri kerana tertekan dengan pelajarannya.
Pelajar ini mengakui memang tidak berminat belajar kursus kejuruteraan di negara tersebut sejak awal lagi namun terpaksa bersetuju kerana desakan ibu bapa.
“Saya tertekan dengan pelajaran yang diikuti di sini (Perancis) dan tidak berminat meneruskannya.
“Saya mahu berhenti sejak awal lagi tetapi keluarga memujuk supaya meneruskan pengajian,”
Nur Sakinah mahu berhenti belajar dan menyatakan hasrat untuk kembali ke Malaysia bersama ibu bapanya yang dijadualkan akan tiba di Perancis.
Nur Sakinah telah keluar dari rumah sewanya pada jam 12 tengah hari waktu tempatan (6 pagi waktu Malaysia) Ahad lalu dan bermalam di stesen kereta api Rouen sebelum meneruskan perjalanan ke Paris menaiki kereta api,”
Sebaik sahaja tiba di Paris, Sakinah telah pergi ke Masjid Besar Paris dan berkenalan dengan sekumpulan rakyat asing termasuk seorang rakyat Portugal yang dikenali sebagai Suraya.
Sepanjang kehilangannya selama lima hari itu, Nur Sakinah tinggal di kediaman Suraya yang turut memberi nasihat serta sokongan kepadanya.
*************************************************
Apa yang dapat kita belajar dari kisah Nurskinah ini?? Terutama kepada para ibu bapa?
JANGAN KORBANKAN MASA DEPAN ANAK ANDA HANYA SEMATA MATA MAHU MENURUTI KEMAHUAN ANDA SEBAGAI IBU BAPA
Admin suka akan kisah Nursakinah ini kerana situasi Nursakinah ini pernah berlaku kepada admin sewaktu admin masih bergelar pelajar dulu (Cuma admin tak belajar di luar negara la).
Admin dahulu sewaktu di tingakatan 5, admin belajar jurusan prinsip akaun dan ekonomi asas.
Sewaktu SPM, admin dapat keputusan yang agak baik dan mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke Matrikulasi dalam jurusan perakaunan.
Tetapi. Bapa saudara melarang admin dari meneruskan pelajaran ke Matrikulasi kerana beranggapan bahawa course perakaunan agak sukar untuk mendapatkan pekerjaan apabila tamat belajar kelak.
Confius kerana terpaksa membuat keputusan yang akan menentukan masa depan, admin berjumpa dengan guru kaunseling dan guru tersebut menyarankan supaya malanjutkan pelajaran ke Matrikulasi.
Tetapi kerana desakan bapa saudara yang terlalu kuat, akhirnya admin terpaksa menuruti kemahuan mereka iaitu hanya melanjutkan pelajaran ke Politeknik. Di politeknik, admin mendapat jurusan kejuruteraan Mekatronik.
Jurusan yang langsung admin tidak tahu apa itu Mekatronik. Zero basic dalam bidang keruteraan. Tetapi kerana desakan si bapa saudara, admin terpaksa akur. Selama 3 tahun belajar di Politeknik dengan mengambil jurusan Diploma Kejuruteraan Mekatronik. Admin langsung tidak tahu apa yang admin belajar!!
3 Tahun terbuang begitu sahaja walaupun admin berjaya menghabiskan pelajaran di Politeknik berkenaan...
Tamat belajar. Admin melangkah ke alam pekerjaan. Mendapat pekerjaan sebagai Technician di sebuah kilang. Di alam pekerjaan, admin langsung tidak tahu melakukan kerja. Bertahun tahun admin bekerja sebagai technician, selama itulah admin stress kerana tekanan di tempat kerja. Akhirnya admin berhenti dari kerja kilang dan admin melakukan sesuatu yang admin suka dan minat iaitu perniagaan.
Sewaktu bergelar Technician, bergaji tetap. Tetapi hati tak pernah gembira. Setiap hari tertekan. Setelah keluar dari alam pekerjaan dan melakukan perniagaan admin sendiri, walau tiada gaji tetap, tapi admin puas. Dan kewangan admin lebih baik berbanding sewaktu admin bekerja sebagai Technician dahulu.
Kepada ibu bapa.. Ingatlah, jangan korbankan masa depan anak anak anda hanya kerana mahu menuruti apa yang anda mahukan. Baik di mata anda.. Belum tentu baik di mata anak anak anda dan masa depan mereka. Biarkan mereka membuat keputusan mereka sendiri. Peranan ibu bapa hanya membimbing dan memberi dorongan dengan apa yang mereka inginkan. Bukan memaksa mereka untuk menuruti apa yang ibu bapa mahukan semata mata.
Semoga kisah Nursakinah ini dapat di jadikan pelajaran. Setiap orang berhak menentukan masa depan mereka sendiri dan memilih jalan yang mereka inginkan. Kejayaan bukan hanya semata mata di ukur melalui berapa besar gaji atau seberapa tinggi pangkat yang disandang. Tetapi juga kepuasan dan kebahagian di dalam hidup.