Quantcast
Channel: Amry's Blog
Viewing all articles
Browse latest Browse all 215

Tips Membeli Menukar Tayar Kenderaan

$
0
0

Tips Menukar Dan Membeli Tayar Kenderaan |
Jangan Sampai Tertipu



Jika korang ada kereta, tentu korang tau apa itu tayar. Kalau tak tau tak tau la nak cakap, huhu.
Tayar bila kempis, pam.. kan... Kalau bunga tayar dah haus atau botak, kena tukar apalagi kalau dah nampak dawai dalam.

Tapi tak semua pemilik kenderaan tau tentang tayar, termasuklah aku sendiri sebenarnya... Tau pakai beli sahaja tak kira tayar second hand ker, tayar korek ke, tayar baru ke... Asal bunga tayar nampak masih tebal, dah kira ok...

Untuk mengetahui tayar yang anda beli itu masih bagus atau tidak memang lah sekilas pandang dari bunga tayar itu. Tetapi yang perlu diberi perhatian adalah serial number tayar itu yang menceritakan tentang keadaan tayar itu. Ini yang ramai orang tak tau.. Dan tau tak tayar ada tempoh expired?

Jom belajar cara nak mengenali tayar kenderaan anda supaya tidak mudah ditipu oleh tokey tokey kedai tayar dan membahayakan nyawa sendiri sewaktu memandu.

Perasan tak dekat tayar anda ada kod macam dibawah ni

205/65/R1594H

panduan membeli menukar tayar kenderaan


Apa maksud kod atau serial number ni?

205 = Lebar 
65 = Tinggi
R = Radial
15 = Saiz / Rim
94 = Had Maksimum Bebanan

Lihat Abjad yang last;
H = Maksimum Had Kelajuan 210km/jam
S = Maksimum Had Laju 180 km/jam
T = Maksimum Had Laju 190 km/jam
U = Maksimum Had Laju 200 km/jam
V = Maksimum Had Laju 240 km/jam
Z = Maksimum Had Laju 240 km/jam
W = Maksimum Had Laju 270 km/jam
Y = Maksimum Had Laju 300 km/jam

Jika ada punca kemalangan yang dikatakan berpunca daripada tayar pecah.. atau hilang kawalan, ini kerana pemandu kurang arif tentang tayar yang digunakan dan memandu lebih dari had kemampuan                  tayar itu bertahan. Semakin tinggi had kelajuan yang boleh diterima oleh tayar, bermakna tayar itu lebih tahan terhadap suhu.Tak percaya, lepas anda memnadu, cuba pegang tayar kenderaan anda yang menyentuh jalan, panas ke sejuk.

2. Setiap Tayar Ada 4 Angka .Tercatat Di Sisi Tayar.
Contoh 0514
Indeks ini menunjukkan Tayar Baru Keluaran Kilang Pada Minggu Ke 5 Tahun 2014.

panduan menukar membeli tayar kenderaan


Tempoh penggunaan tayar adalah selama LIMA tahun dari tarikh tayar dikeluarkan.
Tayar baharu yang berusia lebih drpd LIMA tahun masih boleh digunakan tetapi tayar telah menjadi keras sebab getah tayar sudah tamat tempoh penggunaannya (Expired).

Jika anda menukar tayar yg baharu, pastikan tahun pengeluarannya ialah Tahun yg terkini.
Jika membeli tayar keluaran Tahun 2015, minta diskaun sebanyak 20% daripada harga asal.

Berikut ialah diskaun harga tayar berdasarkan tahun tayar yang dikeluarkan dari Tahun Semasa (2016);
2015 = 20%
2014 = 40%
2013 = 60%
2012 = 80% 
2011 ke bawah = PERCUMA

Lepas ni dah tahu macam mana nak tengok tayar tu masih bagus atau tak?

Viewing all articles
Browse latest Browse all 215